Pelancaran Liga Bola Sepak PDF Print E-mail
Edisi ketiga Liga Piala Menteri Pelajaran dan Liga Remaja KPM-FAM akan dilancarkan dengan rasminya pada 27 Februari 2010 di SK Seksyen 9, Shah Alam pada jam 8 pagi yang akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada YAB Tan Sri Menteri Pelajaran di atas kesudian melancarkan Liga Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tahun 2010.