Perak,Kedah dan Pulau Pinang Kekal Rekod Tanpa Kalah PDF Print E-mail

Kuala Kangsar 14 Mac 2009 - Perak mengambilalih carta Kumpulan A, Liga Piala Menteri Pelajaran selepas menundukkan Perlis 3 - 1 di Stadium Mini Kuala Kangsar untuk merampas kedudukan Kedah yang mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Pulau Pinang. Ketiga-tiga pasukan Perak, Kedah dan Pulau pinang yang menerajui kumpulan atas dalam kumpulan ini masih mengekalkan rekod tanpa kalah.

Dalam persaingan kumpulan B juga menyaksikan juara bertahan, Selangor tumbang di gelanggang sendiri kepada pasukan Sekolah Sukan Bandar Penawar dengan jaringan 2 - 3. Kedua-dua pasukan berkongsi 12 mata dengan pasukan SSBP kurang satu perlawanan.