|
Liga Piala Menteri Pelajaran dan Liga Remaja KPM-FAM |
|
|
|
Liga Piala Menteri Pelajaran dan Liga Remaja KPM-FAM adalah di bawah pengelolaan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK)
PIAGAM PELANGGAN BSSK
Kami seluruh anggota Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia berikrar dan berjanji;
Menumpukan sepenuh tenaga dan usaha bagi melaksanakan Dasar Pendidikan negara melalui program sukan, kesenian dan kokurikulum yang berkualiti di sekolah-sekolah melalui usaha:
- Memastikan semua murid berpeluang mengikuti kegiatan sukan, kesenian dan kokurikulum;
- Mengenalpasti murid yang mempunyai potensi diberi peluang mengembangkan bakat mereka;
- Menyediakan peluang kepada murid yang berprestasi tinggi untuk menyerlahkan kecemerlangan;
- Meningkatkan profesionalisme personel Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum secara berterusan;
- Memastikan semua permohonan, aduan dan maklumbalas diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja; dan
- Memastikan pelanggan dan 'stakeholders' menerima layanan yang mesra, saksama dan mendapat bantuan sewajarnya.
MISI BSSK
Melaksanakan program pendidikan sukan, kesenian dan kokurikulum ke arah memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam mencapai hasrat dasar pendidikan negara.
VISI BSSK
Memacu kecemerlangan sukan, kesenian dan kokurikulum di peringkat antarabangsa menjelang 2020.
OBJEKTIF BSSK
- Merancang dan menentukan pelaksanaan pendidikan sukan sekolah.
- Menyelaras dan menilai program pendidikan sukan sekolah.
- Menyediakan tenaga mahir / kepakaran untuk pendidikan sukan.
- Merancang, menyelaras, menyelia dan menilai pendidikan sukan di sekolah-sekolah dan di Sekolah Sukan.
- Merancang dan menyelaras program pembangunan sukan.
- Menyediakan kurikulum pendididikan sukan.
- Merancang, mengurus, menyelia dan menilai program Sukan Mini dan Pusat Khas Sukan.
- Membantu Majlis Sukan Negara / Negeri dan Persatuan - persatuan Sukan Kebangsaan mengelola program pembangunan sukan di sekolah-sekolah.
- Merancang, mengurus, menyelia dan menilai kemudahan dan peralatan sukan di Sekolah Sukan Negara, Sekolah Sukan Sambilan dan Pusat - Pusat Khas Sambilan.
- Meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang sukan.
- Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang sukan.
- Meningkatkan kepakaran serta keilmuan guru dan pegawai sukan.
- Menaiktaraf kemudahan dan peralatan sukan di sekolah dan Sekolah Sukan.
- Meluaskan penyertaan pelajar ke arah kecemerlangan sukan di peringkat antarabangsa.
FUNGSI BSSK
Fungsi Bahagian ini dalam Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sebagai penggubal dasar, merancang
pembangunan sukan dan mengurus program-program sukan yang melibatkan pelbagai peringkat sekolah kerajaan.
Pembangunan Sukan di BSSK adalah menyokong Dasar Sukan Sekolah iaitu:
SUKAN UNTUK SEMUA
Adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan
dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas di kalangan murid bukan semata-mata untuk
pertandingan di peringkat kebangsaan atau peringkat antarabangsa.
SUKAN UNTUK KECEMERLANGAN
Adalah merujuk kepada sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat
Persekutuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi
menentukan pemenang.
|