|
Liga Piala Menteri Pelajaran |
|
|
|
Liga ini adalah merupakan satu kejohanan bola sepak yang dikelolakan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Liga ini akan diadakan setiap tahun yang melibatkan empat belas(14) pasukan negeri dan satu(1) pasukan
dari Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) Bawah umur 14 tahun .
Sasaran kategori pemain umur bawah 14 tahun.
Objektif
Objektif utama Liga Bola Sepak Piala Menteri Pelajaran (PMP) ini adalah untuk menyediakan satu program pembangunan bola
sepak remaja dan medium pemilihan pemain bagi membentuk satu Pasukan Bola Sepak
Remaja Kebangsaan Bawah 17 Tahun.
Liga Bola Sepak PMP ini juga mempunyai objektif sampingan lain antaranya:
- Mengenalpasti pemain yang berpotensi dan seterusnya diserapkan dalam pasukan pelapis remaja bawah 17 tahun.
- Menyediakan peluang bertanding yang berstruktur bagi pelajar yang berpotensi dan berbakat.
- Menjadikan sukan bola sepak sebagai sebahagian daripada budaya hidup rakyat Malaysia.
Organisasi
Secara keseluruhannya, organisasi Liga Bola Sepak PMP Bawah 14 Tahun, adalah dibentuk di kalangan
pegawai-pegawai BSSK, Unit Sukan JPN, PTPS Bola Sepak dan guru (jurulatih). Pembentukan Jawatan kuasa ini
akan dipantau sepenuhnya oleh BSSK dan dibantu oleh Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri(JPN).
Jawatan kuasa tertinggi akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Ahli Jawatan kuasa Tertinggi akan dilantik di kalangan Ketua Unit Sukan JPN, PTPS Bola Sepak
dan Jawatan kuasa Pengelola Pertandingan setiap negeri.
|