Liga Remaja KPM-FAM PDF Print E-mail
Liga ini adalah merupakan satu kejohanan bola sepak yang dikelolakan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama FAM. Liga ini akan diadakan setiap tahun yang melibatkan 15 pasukan negeri. (14 buah sekolah di negeri + SSBJ B14)

Sasaran kategori pemain umur bawah 17 tahun.

Objektif

Objektif utama Liga Bola Sepak Piala KPM ini adalah untuk menyediakan satu program pembangunan kesinambungan daripada Liga Bola Sepak Piala KPM Bawah 14 Tahun dan medium pemilihan pemain bagi membentuk Pasukan Bola Sepak Kebangsaan yang akan menyahut cabaran di peringkat global.

Liga Bola Sepak REMAJA KPM BAWAH 17 TAHUN ini juga mempunyai objektif sampingan lain antaranya:

  • Mengenalpasti pemain yang berpotensi dan seterusnya diserapkan dalam pasukan pelapis/ remaja kebangsaan.
  • Meneruskan program pertandingan yang berterusan dan berstruktur kepada pemain yang terlibat dengan Liga Bawah Umur 14 Tahun pada tahun sebelumnya.
  • Memberi peluang kepada ramai pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum semasa sekolah tersebut mengelolakan pertandingan.
  • Menjadikan sukan bola sepak sebagai sebahagian daripada budaya hidup rakyat Malaysia.